Aktiviti & Program

Lawatan Kelab Belia Prihatin ke Majlis Belia Brunei

Terima kasih kepada Majlis Belia Brunei atas undangan kepada Kelab Belia Prihatin Malaysia.

Undangan tersebut tertumpu kepada beberapa perkara termasuk bagi mengadakan perbincangan dan pertemuan agar dapat diperkukuh hubungan dialog dan inisiatif kerjasama antara belia Malaysia dan Brunei dengan penekanan khusus terhadap perubahan iklim dan agenda hijau.

Kita harap kerjasama erat antara belia diperingkat rantau ASEAN ini juga bakal dapat meneroka kepelbagaian cara untuk meningkatkan kesedaran di kalangan warga di rantau ASEAN tentang kepentingan mengambil langkah proaktif dalam mendepani cabaran perubahan iklim.

Usaha ini juga pastinya adalah sebagai satu kaedah untuk merintis hubungan antara negara anggota ASEAN di peringkat belia khususnya dalam kerangka perubahan iklim selepas Malaysia dilantik sebagai Pengerusi Bagi Kumpulan Kerja ASEAN Mengenai Perubahan Iklim (2022-2025) (AWGCC).

Terima kasih daun keladi, insyallah kita jumpa lagi! #tumbuhbersama