Tentang Kami

Kelab Belia Prihatin Malaysia (Belia Prihatin) adalah sebuah kolektif anak muda yang berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan Belia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Melalui kempen kesedaran alam sekitar di peringkat kebangsaan We Be Leaf Together yang dilancarkan pada awal tahun lalu, Belia Prihatin telah menerima Anugerah Eco-Champion 2022 oleh WWF-Malaysia.

Di peringkat antarabangsa pula, Belia Prihatin memainkan peranan aktif dalam hal ehwal perubahan iklim melalui keanggotaan rasmi YOUNGO - sayap rasmi kanak-kanak dan belia bagi Konvensen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim
(UNFCCC) mewakili Malaysia.

Sebelum ini, Belia Prihatin turut dipilih mewakili Malaysia sebagai delegasi rasmi belia ke Persidangan Serantau Belia - Asia & Pasifik (RCOY-APAC) mengenai Perubahan Iklim di Wilayah Leyte, Ormoc, Filipina sebagai sebahagian daripada program persediaan ke Persidangan Belia mengenai Perubahan Iklim Dunia (COY17) yang diadakan pada 2 hingga 5 November 2022 di Sharm El Sheikh, Mesir dan Persidangan Perubahan Iklim Dunia (COP27) di negara sama.

Pencapaian KBP

Wakil Belia Prihatin dijemput menghadiri Persidangan Belia Sedunia anjuran Persatuan Bangsa Bersatu, Kofi Annan Foudation bertempat di Geneva.

Februari 2022

Pelancaran Kempen We-Be-Leaf Together

Februari 2022
Belia Prihatin melancarkan kempen kesedaran alam sekitar: We Be-Leaf Together di Kota Kinabalu, Sabah.

Larian solo 12 Jam di Sepang International Circuit

September 2021
Kemuncak Misi Malaysia Gembira, Belia Prihatin berjaya mencatat rekod 'Longest Solo Run on Sepang International Circuit' bagi Malaysia's Book of Records.

Misi Malaysia Gembira 2021

Julai 2021
Kempen Misi Malaysia Gembira 2021 bermula dengan tujuan memberi kesedaran awam berkenaan kesihatan mental, masalah kebajikan masyarakat dan pemberdayaan belia.

Belia Prihatin sah berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Jun 2021